MAIPk TAJA 49 ASNAF KURSUS GAS PIPE INSULLATION MENGGUNAKAN DANA ZAKAT BERJUMLAH RM475,300
IPOH, 17 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) terus mengorak langkah dalam memperkasa kemahiran golongan asnaf melalui penganjuran program latihan industri.
Hari ini, seramai 49 orang peserta memulakan pengajian dalam Kursus Gas Pipe Insulation yang berlangsung selama 1 bulan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, Jenagor.
MAIPk menyalurkan tajaan berjumlah RM9,700.00 bagi setiap peserta, yang meliputi yuran latihan, elaun sara diri dan elaun mula kerja. Secara keseluruhannya, jumlah tajaan yang disalurkan MAIPk bagi kursus ini adalah sebanyak RM475,300.00.
Kursus ini diharap dapat membuka peluang kerjaya yang lebih luas dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan, sekaligus memberi impak positif terhadap peningkatan taraf ekonomi peserta dan keluarga mereka.
MAIPk Taja 49 Asnaf Kursus Gas Pipe Insullation Menggunakan Dana Zakat Berjumlah RM475,300
MAIPk Taja 49 Asnaf Kursus Gas Pipe Insullation Menggunakan Dana Zakat Berjumlah RM475,300