• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Terus Prihatin Ringankan Beban 5 Keluarga Asnaf

SERI ISKANDAR, 22 Mei 2025 โ€“ Majlis Agama Islam dan ' Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Seri Iskandar telah turun padang menziarahi dan menyantuni asnaf menerusi Program Ziarah Asnaf yang dilaksanakan di kawasan Parit, Bota dan Simpang Tiga.

Hampir RM90,000 telah disalurkan dalam bentuk bantuan perubatan, modal dan bina rumah kepada lima keluarga asnaf yang memerlukan.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad bersama Ahli Majlis, Puhaz bin Salleh. Turut hadir, Pengurus Besar Zon Tengah, Shaiful Nizam bin Not, Pengurus Cawangan Seri Iskandar, Ahmad Fadzil bin Mustaffa serta Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Nur Fatin Azarina binti Nor Affendy.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembayar zakat atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. MAIPk akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik serta mengurangkan jurang sosioekonomi masyarakat melalui pelbagai program yang lebih strategik dan berkesan.






BELIA ASNAF PERAK! PELUANG EMAS UNTUK ANDA!

Lepas ๐’๐๐Œ tapi tak ada hala tuju?
Nak kerja tetap tapi tak cukup modal belajar?
๐Œ๐€๐ˆ๐๐ค sedia bantu anda ubah masa depan ๐€๐๐ƒ๐€!

Jom sertai ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐“๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐Œ๐€๐ˆ๐๐ค

๐Ÿ“ Latihan 3 bulan di Kolej IJN, Kuala Lumpur
๐Ÿฅ Penempatan kerja dijamin di Hospital Fatimah, Ipoh

APA YANG ANDA DAPAT?
โœ… Tajaan penuh 100% oleh MAIPk
โœ… Asrama & elaun disediakan
โœ… Jaminan kerja lepas tamat kursus

Temuduga Terbuka :
๐Ÿ—“ 22 Mei 2025 | โฐ 9.00 pagi โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“ Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh
๐Ÿ“ฒ Klik untuk mohon / tanya terus di WhatsApp https://wa.me/60195711384/IJN

PENTING!!
Sila bawa :
- salinan kad pengenalan calon
- salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
- salinan penyata pendapatan / slip gaji ibu bapa / penjaga
- sijil-sijil akademik

** jika ibu bapa / penjaga tiada slip gaji, mohon untuk dapatkan pengesahan pendapatan yang boleh didapati dari pejabat penghulu mukim

โš ๏ธ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ!
Tag atau kongsi dengan rakan yang tengah cari peluang kerja!
๐Ÿ’ช Masa depan anda bermula di sini!


TVET MAIPk: Laluan Pantas Asnaf ke Industri Minyak & Gas

IPOH, 18 Mei 2025 โ€“ Majlis Agama Islam dan โ€™Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini mengadakan Majlis Pelepasan Peserta Latihan Kemahiran Asnaf melibatkan 60 peserta dalam bidang minyak dan gas. Para peserta akan mengikuti tiga kursus berbeza iaitu ๐‘ƒ๐‘–๐‘๐‘’ ๐น๐‘–๐‘ก๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”, ๐ต๐‘™๐‘Ž๐‘ ๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘” & ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”, ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž ๐‘…๐‘–๐‘”๐‘”๐‘’๐‘Ÿ & ๐‘†๐‘๐‘Ž๐‘“๐‘“๐‘œ๐‘™๐‘‘๐‘–๐‘›๐‘” di SRC Global Sdn. Bhd., Kemaman, Terengganu.

Program yang dinamakan โ€œSesi Inspirasiโ€ ini dianjurkan bagi menyuntik semangat serta menghargai para peserta sebelum mereka melapor diri di pusat latihan. Majlis dimulakan dengan taklimat kursus oleh penyedia latihan, disusuli sesi motivasi yang disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, Amirudin bin Osman.

Program ๐‘ƒ๐‘™๐‘Ž๐‘๐‘’ & ๐‘‡๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘–๐‘› di bawah Latihan Kemahiran Asnaf adalah salah satu usaha MAIPk untuk terus memperkasa belia asnaf di negeri Perak. Peserta akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir seterusnya profesional teknikal dalam bidang ๐‘ƒ๐‘–๐‘๐‘’ ๐น๐‘–๐‘ก๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”, ๐ต๐‘™๐‘Ž๐‘ ๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘” & ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”, ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž ๐‘…๐‘–๐‘”๐‘”๐‘’๐‘Ÿ & ๐‘†๐‘๐‘Ž๐‘“๐‘“๐‘œ๐‘™๐‘‘๐‘–๐‘›๐‘” .

Bagi tahun 2025, MAIPk menyasarkan 1,000 peserta menyertai latihan kemahiran pelbagai bidang di bawah Program Latihan Kemahiran. Diharapkan usaha ini terus melahirkan tenaga mahir berdaya saing daripada golongan asnaf, seterusnya memperkukuh sosioekonomi komuniti.





Selamat Hari Guru

Seorang guru bukan sekadar mengajar, bahkan mereka mendidik jiwa, menyemai iman dan membentuk harapan.

Sempena Hari Guru 1446 Hijriah, MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru yang terus menjadi obor ilmu, membina sahsiah ummah dan memacu perubahan ke arah pendidikan dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan seimbang duniawi dan ukhrawi.


Kerjasama Strategik MAIPk- Farm Fresh Lonjak Potensi Keusahawanan Asnaf

IPOH, 13 Mei 2025 โ€“ Majlis Agama Islam dan โ€˜Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited memperkasakan golongan asnaf menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) dengan menjalin kerjasama strategik bersama Farm Fresh Berhad bagi melahirkan usahawan baharu dalam bidang pemasaran dan penjualan produk syarikat tersebut.

MAIPk telah membelanjakan sebanyak RM58,084.20 sebagai modal pusingan serta kelengkapan perniagaan kepada 15 peserta yang terpilih berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.

Kesemua peserta telah menjalani kursus intensif selama satu hari di RTC Gopeng dan menerima latihan penuh sebagai ejen jualan produk Farm Fresh.

Majlis Perasmian dan Penyerahan Bantuan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin bin Osman. Turut hadir ialah Pengurus Besar Farm Fresh Berhad, Abdullah bin Bakri.

Pihak MAIPk dan Farm Fresh akan memberikan bimbingan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan peserta berkembang menjadi komuniti usahawan yang produktif dan berdaya saing. Selain itu, program ini dijangka dapat menambah nilai kepada produk yang ditawarkan oleh peserta dalam usaha melestarikan perniagaan mereka ke arah yang lebih mampan dan berjaya.

Sama-sama kita doakan agar perniagaan para usahawan ini berjalan lancar dan berjaya, seterusnya mampu menyumbang kembali kepada ummah melalui zakat, insya-Allah.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.