• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat Perniagaan Dan Tanaman Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 1439H

Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat Perniagaan Dan Tanaman Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 1439H

Kuala Kangsar Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 09 Jun 2018 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan dan tanaman daripada 12 syarikat yang berjumlah RM4,503.149.20.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dimulakan dengan Bank Rakyatyang diwakili oleh YABhg. Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Pengerusi telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,624,816.00. Menteri Besar Incorporated dan Kumpulan yang diwakili oleh En Anuar bin Zainal Abidin, selaku Ketua Pegawai Eksekutif telah menyerahkan zakat sebanyak RM500,000.00. YBhg. Dato Haji Nadzri bin Haji Ismail selaku Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPN Perak pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM495,894.50 dan zakat berjumlah RM373,736.00 pula telah diterima daripada Felda Global Ventures Holdings Bhd. yang diwakili oleh Pengerusi YBhg. Datuk Wira Azhar bin Abdul Hamid. Ladang Moccis Sdn. Bhd. tidak melepaskan peluang untuk menyertai penyerahan zakat kali ini dimana mereka yang diwakili oleh Encik Ashran bin Haji Idris, Pengerusi telah menyerahkan zakat sebanyak RM347,575.25.

Selain itu, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad yang diwakili Encik Zolkepli bin Samuri sebagai Pengerusi Koperasi telah menyerahkan zakat sebanyak RM264,195.90 dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) diwakili YABhg. Tan Sri Prof. Dr. Nordin bin Kardi selaku Naib Canselor USAS telah menyerahkan zakat sebanyak RM241,646.60. Perak Integrated Network Services Sdn. Bhd. yang diwakili, Encik Iwan Che Wan bin Che Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM202,500.00 dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diwakili, YBhg. Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah selaku Presiden ANGKASA pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM177,233.26. Celcom Axiata Berhad yang diwakili oleh Puan Noorianti Zainal Abidin (Pengurus Perniagaan), P.C.M. Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Prof. Madya Syed Rahim bin Syed Hamid (Dekan, Fakulti Perubatan) serta Koperasi Guru Melayu Perak Berhad yang diwakili oleh Encik Abdul Halim bin Abbas (Pengerusi) masing-masing juga telah menyerahkan zakat sebanyak RM116,319.00, RM100,000.00 dan RM59,232.69.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPK), Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin.


























.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.