• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Program Jejak Asnaf 2018 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daerah Parit Buntar

Program Jejak Asnaf 2018 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daerah Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 13 September 2018 Bagi menterjemahkan dan memperkasakan keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik, MAIPk telah mengadakan program Jejak Asnaf 2018 di sekitar daerah Parit Buntar.Program Jejak Asnaf 2018 ini menyasarkan kepada enam (6) buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Parit Tok Hin Kuala Kurau, Parit Sungai Baru Darat, Parit Tg Piandang, Sungai Betul Bawah Tg Piandang, dan Kuala Bagan Tiang daerah Parit Buntar. Program Jejak Asnaf tersebut telah disertai oleh Pengurus Besar (Bahagian Agihan Zakat) A.F Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Besar (Bahagian Pengurusan & Pembangunan Mal dan Wakaf A.F Ustaz Suhaimi bin Yusoff, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf Ustaz A.F Ahamad Muzammil bin Arbain, Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar Encik Mohamad Razif bin Mokhtar serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Program ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan MAIPk daerah Parit Buntar dan memberi bantuan barangan dapur dan duit saku untuk setiap keluarga. Dari segi bantuan bina rumah dan juga bantuan Perubatan juga diberi kepada Asnaf yang memerlukan.
















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.