• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM667,889.50

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2020 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada lima agensi yang bernilai RM667,889.50 di Istana Perak, Changkat Persekutuan.

Semasa majlis berkenaan, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad menjadi agensi tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2019 iaitu berjumlah RM210,690.50, diikuti oleh ETIQA Family Takaful Berhad, RM161,320.00, ETIQA General Takaful Berhad, RM100,000.00, Metropolitan Utilities Corporation Sdn. Bhd., RM100,000.00 dan Rural Capital Berhad, RM95,879.00.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin.

Majlis ini turut dihadiri oleh iaitu, YBrs. Dr. Haji Ahmad Ruslan bin Mohd. Ridzuan, Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, dan Anggota MAIPk, YABhg. Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, YBhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr. Afifi al-Akiti, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed, serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.