• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Santuni Asnaf Sekitar Taiping

TAIPING, 19 Ogos 2020 -Program Jejak Asnaf  menjadi satu program keutamaan pihak MAIPk dalam memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat  dibantu sebaiknya. Pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dapat  bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik ini  walaupun lokasinya di dalam kawasan pedalaman kampung.

Program Jejak Asnaf MAIPk pada kali ini di daerah Taiping bagi menyantuni asnaf-asnaf yang amat memerlukan bantuan sekitar Mukim Batu Kurau, Taiping & Bukit Gantang.

Program jejak asnaf telah diketuai oleh  YDH Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato' Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama dan diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, AF Ust Bakri bin Lee, Pegawai Baitulmal Daerah Taiping, Mohd Zulfadli bin Baharum dan pekhidmat-pekhidmat MAIPk Taiping sambil dibantu Team Bahagian Agihan Zakat MAIPk.

Sebanyak lima buah rumah diziarahi yang melibatkan tiga permohonan Bantuan Rumah dan satu permohonan Bantuan Kewangan Bulanan dan satu Bantuan Perubatan.

Semoga kehidupan mereka akan lebih baik & segala urusan dipermudahkan. Terima kasih kepada semua pembayar zakat dan masyarakat di negeri Perak "Harta Terpelihara Asnaf Terbela".














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.