• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Pelancaran Bank Makanan (Food Bank) MAIPk Di Bagan Datuk

Bagan Datuk, 19 April 2021- Satu Majlis Pelancaran Bank Makanan (Food Bank) MAIPk telah diadakan di Masjid Al Aula Simpang Empat, Hutan Melintang dan telah disempurnakan oleh YDH Toh Seri Lela Paduka, Dr. Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk dan Encik Shamer Mahzuz bin Mohd Zin, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk. Bank Makanan (Food Bank) MAIPk ini akan dilaksanakan berperingkat meliputi setiap daerah di negeri Perak.


OBJEKTIF

  1. Membantu penduduk Islam di negeri Perak yang mengalami masalah terputus bekalan makanan dapat diatasi dalam tempoh yang singkat.
  2. Memastikan jaminan kelangsungan bekalan makanan bagi golongan Miskin untuk membasmi masalah kelaparan dan ketiadaan makanan.
  3. Menjadikan masjid sebagai pusat kebajikan setempat dan bertindak sebagai agen kepada MAIPk diperingkat kariah masjid.


KUMPULAN SASARAN

  1. Golongan yang terputus bekalan makanan yang dikenalpasti kesusahannya.
  2. Penerima bantuan kewangan bulanan daripada agensi pemberi bantuan seperti MAIPk, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.
  3. Ahli kariah yang memerlukan bantuan yang dikenalpasti berkelayakan dari semasa ke semasa

 

KONSEP PELAKSANAAN

  1. MAIPk melantik masjid sebagai pihak bertanggungjawab untuk menguruskan pusat bekalan makanan.
  2. MAIPk melantik syarikat pembekal makanan untuk menguruskan pembekalan barangan makanan kepada pihak masjid.
  3. Pihak masjid melantik mana-mana ahli jawatankuasa kariah sebagai individu yang bertangungjawab dalam pengagihan makanan tersebut.

 

  1. KAEDAH PENYALURAN :

    1. Ahli kariah yang memerlukan boleh hadir ke masjid untuk mendapatkan barangan makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    2. Pihak masjid membuat penghantaran ke rumah ahli kariah yang telah dikenalpasti berkelayakan melalui bancian yang dilaksanakan oleh pihak masjid.

     5.  Setiap pengagihan akan direkodkan maklumat penerimaan untuk tujuan auditan.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.