• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Anak Perak Antara 10 Graduan Terbaik Al Azhar

Muhammad Naim bin Mohd Ikmal Hisham, Graduan Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Beliau merupakan antara 10 orang Mahasiswa Antarabangsa (Wafidin)terbaik yang telah diumumkan oleh pihak Universiti dengan memperolehi keputusan Jayyid Jiddan Bil Martabat Syaraf. (86%)
Pencapaian akademik Saudara Naim di Al Azhar amat baik.

Tahun 1 - Jayyid Jiddan
Tahun 2 - Jayyid Jiddan
Tahun 3 - Mumtaz
Tahun 4 - Jayyid Jiddan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Agama Al Hidayah, Ipoh seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh.
Graduan yang bermastautin di kariah Masjid Jamek Klebang Restu Ipoh bercita-cita menjadi seorang Pendidik.

Perjalanan menuntut ilmu Saudara Naim di bumi Mesir ini turut mempunyai suka dan duka. Ayahanda tercinta di panggil menghadap Ilahi ketika beliau di tahun akhir pengajian. Kejayaan istimewa ini tidak sempat dikongsi bersama dengan ayahanda tersayang. Semoga ia menjadi saham dan amal yang baik untuk Almarhum Mohd Ikmal Hisham bin Mohd Khairi.

Anak sulong daripada 5 orang adik beradik ini merupakan seorang yang disenangi oleh rakan-rakan sepengajian. Sikap suka membantu dan mengambil berat kebajikan rakan-rakan antara yang sering meniti di bibir anak-anak Perak.

Antara permintaan istimewa Saudara Naim kepada pentadbiran ini ialah mengharapkan beliau dapat mengiringi sahabat baiknya Amirul Afiq yang ditimpa musibah kesihatan. Naim dan Amirul Afiq merupakan peserta program SIIRU 2021.

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah menyediakan Dermasiswa kepada Saudara Naim sepanjang pengajiannya di Mesir. Terima kasih para Muzakki Zakat Perak.

Semoga Saudara Naim terus berjaya dunia dan akhirat.

Terima kasih Pejabat Atase Pendidikan Perak kerana sentiasa mencuba yg terbaik utk mempermudahkan urusan anak-anak perak di bumi Mesir khususnya. Tidak lupa juga kepada para Muzakki Zakat Perak. Moga Allah s.w.t membalas jasa entum dengan ganjaran yang lebih besar. Terima kasih banyak.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.