• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Kemilau Bintang Di Langit Perak

Bahagian 1

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Nama sebuah universiti yang tersohor. Kebanggaan umat Islam di seluruh dunia. Kalau dapat sekadar berziarah pun hati sudah berbunga-bunga apatah lagi kalau dapat menjadi salah seorang warga siswanya.

Begitulah bertuahnya Saudara Muhammad Naim bin Mohd Ikmal Hisham. Bukan sekadar menjejakkan kaki malahan menjadi antara para graduan yang berpeluang menimba ilmu di bumi barakah itu. Bukan pula sekadar graduan biasa-biasa malah muncul sebagai antara 10 graduan antarabangsa (wafidin) yang terbaik seperti yang telah diumumkan oleh pihak Universiti Al-Azhar sendiri.

Untuk mencapai tahap yang membanggakan itu, pasti ada suka duka yang perlu dilalui. Ketika sedang bergelut dengan cabaran di tahun akhir pengajiannya, Saudara Muhammad Naim diuji dengan pemergian ayahandanya buat selama-lamanya kembali ke pangkuan Ilahi. Namun, semua itu bukan pematah semangatnya. Bagai merealisasikan moto skim bantuan pendidikan MAIPk, ‘Tekad dan Berkat’, Muhammad Naim tetap berjaya menamatkan pengajiannya dengan keputusan yang cemerlang. Semoga segala ketabahan dan kegigihannya itu turut menjadi saham yang amat bernilai buat ayahandanya, Almarhum Mohd Ikmal Hisham bin Mohd Khairi.

Apakah kejayaan yang telah ditempah oleh anak kariah Masjid Jamek Klebang Restu, Ipoh ini sepanjang pengajiannya di Universiti Al-Azhar? Apakah pula harsat dan cita-citanya? Jangan lupa untuk mendapatkan jawapannya dalam sambungan Bahagian 2 nanti.

Semoga kejayaan yang membanggakan ini menjadi penjentik motivasi untuk anak-anak Perak yang lain. Semoga Muhammad Naim terus gagah dan gigih mencipta pelbagai lagi kejayaan pada masa depan untuk kembali menabur bakti buat warga Perak khususnya umpama kemilaunya sebutir bintang di langit Perak Darul Ridzuan.

Inilah antara keberkesanan dan keberhasilan dana zakat yang diuruskan oleh pihak MAIPk. Zakat yang anda tunaikan tidak pernah sia-sia. Semoga keyakinan anda tetap berterusan terhadap kami dan para mustahiq. Sebarkan seruan zakat ini kepada semua. Kongsikan juga cara mudah, cepat dan selamat untuk berzakat melalui online FPX.

Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.