• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Lima agensi serah zakat perniagaan kepada MAIPk berjumlah RM6.4 juta

Lima agensi serah zakat perniagaan kepada MAIPk berjumlah RM6.4 juta

10 Disember 2021, Kuala Lumpur- Sultan Perak , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM6,424,999.77 daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan hari ini.

Penyerahan Zakat Perniagaan itu didahului oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diwakili Dato’ Haji Zamri bin Yaakob, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS dengan jumlah bayaran zakat perniagaan RM2,604,885.77. Ia diikuti Pharmaniaga Berhad yang diwakili oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli bin Ramly, Pengerusi Pharmaniaga Berhad dengan jumlah zakat perniagaan RM2,000.000.00.

Sementara itu, Bank Rakyat diwakili oleh Dato' Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif menyerahkan zakat perniagaan RM827,743.00. Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang diserahkan oleh Dr. Syahnaz binti Sulaiman, Ahli Jawatankuasa Syariah, BPMB, berjumlah RM714,942.00. Seterusnya serahan zakat daripada Agrobank Negeri Perak yang diwakili oleh Mohamad Sukri bin Yusop, Pengarah Wilayah Agrobank Negeri Perak berjumlah RM277,429.00.

Hadir sama Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dato Seri Diraja Dr Mohd Zahidi Zainuddin, Ahli Majlis MAIPk Profesor Dato’ Dr. Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Shahrul Azam Shaari.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.