• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

KULIAH DHUHA KHAS RAMADAN

BERITA DARI IPOH

Pada hari Jumaat, 8 April 2022 yang lalu, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah mengadakan Kuliah Dhuha Khas Ramadan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kem PGA Ulu Kinta, Perak.

Kuliah Dhuha yang dihadiri oleh sebanyak 100 orang hadirin itu telah disampaikan oleh Pendakwah Korporat MAIPk, iaitu Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Imran bin Haji Ibrahim.

Bersempena dengan penganjuran Kuliah Dhuha Khas Ramadan tersebut, MAIPk turut menyediakan Kaunter Taksiran Zakat dan Wakaf oleh Pegawai MAIPk. Banyak hadirin yang turut mengambil kesempatan untuk menunaikan zakat fitrah dan zakat harta masing-masing di kaunter tersebut. Tidak kurang juga yang turut menyumbangkan wakaf tunai selain menyertai Skim Potongan Zakat Berjadual.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan MAIPk dalam menjayakan program tersebut. Program sebegini merupakan salah satu medium dakwah yang digunakan oleh MAIPk untuk menyebarkan kefahaman tentang ibadah zakat kepada orang ramai khususnya umat Islam di negeri Perak.
Semoga setiap peserta telah mendapat sebesar-besar manfaat daripada penganjuran program ini. Baarakallahu feekum.

Teruskan beristiqamah melaksanakan ibadah zakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Kami sentiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk kemudahan anda melaksanakan Rukun Islam yang ketiga ini. Untuk pembayaran zakat yang mudah, cepat dan selamat, tunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.