• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM ‘ADAT MELAYU PERAK DAN PENYERAHAN BANTUAN ZAKAT (BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI) ASNAF FAKIR DAN MISKIN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN NUZUL ALQURAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1443H/2022M

PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM ‘ADAT MELAYU PERAK DAN PENYERAHAN BANTUAN ZAKAT (BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI) ASNAF FAKIR DAN MISKIN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN NUZUL ALQURAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1443H/2022M

IPOH, 18 April 2022 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan menyempurnakan majlis pengurniaan watikah pelantikan dua Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

MAIPk diterajui oleh anggota-anggota yang berwibawa dan berpengalaman luas serta mahir dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Komposisi Anggota MAIPk yang dilantik adalah daripada kalangan mereka yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran masing-masing dalam memperkasakan agenda memartabatkan ummah.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah memberi perkenan melantik YDH. Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar bin Arshad dan sebagai anggota MAIPk yang baharu. Beliau berkelulusan Diploma Pendidikan (Matematik), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), NW Missouri State University Missouri, USA, Ijazah Sarjana Sains (Matematik), Murray State University, Kentucky, USA dan Ijazah Doktor Falsafah (Matematik), University of Bradford, United Kingdom. Berpengalaman luas dalam pengurusan organisasi, menganalisa data dan pemodelan matematik. Beliau bergiat aktif dalam memberi ceramah motivasi, pembelajaran matematik, usahawan, dan program Service Learning Malaysia - University For Society (SULAM). Beliau telah berjaya melaksanakan lebih 500 pelbagai program SULAM bersama masyarakat dan merupakan pengerusi kepada projek perintis Agrotani Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pengerusi projek Lembah Kelulut UTM.

Selain itu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak turut memberi perkenan melantik Encik Mohamed Shah Redza bin Hussein. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) University of East London. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar, korporat dan perkhidmatan teknologi. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, menumpukan pemuliharaan kawasan terlindung, kepelbagaian biologi, ekologi dan komuniti setempat. Beliau juga merupakan Pengarah Projek Khas Earth And Sea Observation System (EASOS) Agensi Angkasa UK, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Pengarah Dana dan Pemasaran WWF Malaysia. Beliau pernah mendapat Anugerah Global Dr. Rimington Award for Tiger Conservation 2020.

Selanjutnya Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah turut berkenan menyempurnakan penyerahan bantuan zakat MAIPk (Bantuan Hari Raya Aidilfitri) melalui Penghulu-Penghulu Mukim Daerah kepada 33,342 orang asnaf fakir dan miskin seluruh negeri Perak berjumlah RM8,335,500.00.

Bantuan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 keseluruhannya berjumlah RM9,188,500.00 melibatkan keseluruhan 36,754 orang penerima termasuk asnaf mualaf seramai 3,412 orang dengan jumlah jumlah RM853,000.00.











.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.