• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • ENAM SYARIKAT KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM7.2 JUTA

ENAM SYARIKAT KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM7.2 JUTA

IPOH - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Mahgfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7,217,432.60 daripada enam syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta pada 17 Jun 2022.

Penyerahan zakat itu didahului oleh Lembaga Air Perak yang diwakili Timbalan Pengurus Besar, Tuan IR. Lokman Bin Abd Rahim dengan jumlah bayaran RM4,910,000.00, Puncak Emas Infra Sdn Bhd yang diwakili Pengurus Besar, Tuan IR. Saiful Azzuan Bin Aznam dengan jumlah zakat perniagaan RM1,160,591.00. Sementara itu, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad diwakili oleh Tuan Nor Sharifuddin Bin Yeop Sabar menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM426,841.60.

Turut menunaikan zakat adalah Menteri Besar Incorporated (Perak) berjumlah RM320,000.00 diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Anuar Bin Zainal Abidin. Seterusnya, serahan zakat daripada Empayar Indera Sdn Bhd berjumlah RM300,000.00 yang diserahkan oleh Pengurus Besar, Tuan Hasrin Bin Abdul Rahman serta serahan terakhir adalah Millenia Aqua Services Sdn Bhd diserahkan oleh Pengerusi, Datuk Hang Tuah Bin Din@Mohamed Din berjumlah RM100,000.00.

Hadir sama, YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin, Yang Dipertua MAIPk, YABhg., Tan Sri Mohd. Annuar Bin Zaini, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, YBhg. Dato' Haji Mohd. Yusop Bin Haji Husin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam Bin Shaari dan Timbalan Mufti Perak, YBhg. Dato' Hj. Zamri Bin Hashim.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.