• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : HADIAH DARIPADA ALLAH SWT

Ismail bin Abd Manaf
Kampung Bukit Pekan, Kampar

KAMPAR - Encik Ismail bin Abd Manaf yang berasal dari Kampar sebelum ini tinggal bersama-sama isteri, seorang anak dan tiga orang cucu di rumah pusaka milik keluarganya. Namun rumah tersebut sudah uzur dan daif. Hal ini memaksa mereka sekeluarga tinggal menyewa di rumah yang lain dengan kadar sewa RM150 sebulan.

Dengan pendapatannya yang kecil itu, dia tidak mampu untuk membaiki kerosakan rumah pusakanya. Namun tekadnya untuk memberikan keselesaan kepada anak cucunya mendorongnya memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati rumah tersebut telah uzur dan mengalami kerosakan yang besar. Kebanyakan kayu dan papan rumah telah reput. Bumbung pula mengalami kerosakan dan bocor. Kos untuk membaik pulih rumah tersebut agak besar. Jesteru pemohon dicadangkan bantuan ditukar kepada bantuan bina rumah berserta kos tambahan untuk kerja-kerja meroboh dan membersihkan tapak rumah sedia ada.

Encik Ismail sekeluarga menerima berita tersebut dengan linangan air mata kesyukuran dan sujud syukur mereka kepada Allah SWT. Berkali-kali mereka mengucapkan "Ini hadiah daripada Allah". Sungguh keputusan tersebut di luar jangkaan mereka. Kecil tapak tangan, nyiru mereka tadahkan.

Segala urusan berjalan lancar. Tanggal 25 April 2022 merupakan hari penyerahan kunci rumah baharu kepada Encik Ismail sekeluarga. Majlis ini disempurnakan oleh Encik Shaiful Nizam bin Not selaku Pegawai Baitulmal Daerah Kampar. Bantuan rumah tiga bilik itu dengan keluasan 850 kaki persegi berjumlah RM76,500 serta kos tambahan berjumlah RM3,000. Jumlah keselurulan bantuan adalah sebanyak RM79,500. Semoga dengan bantuan ini dapat memberikan keselesaan buat mereka sekeluarga.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang menunaikan zakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Sesungguhnya zakat anda telah mengubah nasib keluarga ini. Teruskan kewajipan anda agar lebih ramai asnaf yang dapat kami santuni. Daripada anda, untuk mereka. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.