• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAJLIS PERASMIAN PUSAT HEMODIALISIS WAQAF PERAK AR-RIDZUAN, MANJUNG MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

MAJLIS PERASMIAN PUSAT HEMODIALISIS WAQAF PERAK AR-RIDZUAN, MANJUNG MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

IPOH, 18 Ogos 2022 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Hemodialisis Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR), Manjung dirasmikan oleh Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini.

Pusat Hemodialisis WPAR dibina pada 17 Oktober 2018 dan mula beroperasi pada 13 Disember 2021. Untuk permulaan operasi, sebanyak 12 buah mesin dialisis disediakan mampu menampung sehingga 36 pesakit sehari.

Jumlah kos keseluruhan projek pembinaan pusat hemodialisis wakaf mencecah RM3.3 juta. Pengurus projek ialah Kumpulan Perubatan Ar Ridzuan (KPAR) merupakan anak syarikat Perbadananan  Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (syarikat milik penuh MAIPk).

KPAR disokong oleh sepasukan pegawai perubatan, doktor pakar dan kumpulan tenaga yang terlatih serta berkemahiran memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis.

MAIPk memperuntukkan lebih RM16 juta daripada dana zakat setiap tahun menampung perbelanjaan rawatan dialisis kepada lebih 600 orang penerima bantuan. Dianggarkan kos rawatan bagi seorang pesakit sebanyak RM34 ribu setahun dan kos rawatan biasanya akan meningkat setiap tahun.

Pembiayaan hemodialisis MAIPk kepada pesakit-pesakit merangkumi kos rawatan cucian darah sebanyak 14 kali sebulan pada kadar RM170.00 setiap cucian dan suntikan sebanyak 8 kali sebulan pada kadar RM60.00 setiap suntikan. Keseluruhan kos sebanyak RM2,860.00 sebulan bersamaan RM34,320.00 setahun bagi seorang pesakit.

Berikut merupakan data penerima bantuan serta jumlah kos rawatan hemodialisis melalui pembiayaan MAIPk bagi tempoh 2015 sehingga 2020:

      

Penubuhan Pusat Hemodialisis WPAR dapat menampung keperluan dan permintaan rawatan hemodialisis sejajar dengan pertambahan bilangan pesakit terutamanya yang dibiayai oleh MAIPk menerusi  sumber zakat pada setiap tahun sekali gus dapat memaksimumkan manfaat harta wakaf.

MAIPk melalui Waqaf Perak Ar-Ridzuan adalah saluran bagi individu serta mana-mana organisasi untuk berwakaf sekaligus meningkatkan keyakinan umum berhubung pentadbiran wakaf di negeri Perak. Pelaksanaan projek-projek secara telus dan secara nyata memanfaatkan ummah akan membantu memperkembangkan lagi kefahaman anggota masyarakat terhadap hikmah berwakaf.

MAIPk mengharapkan lebih ramai berwakaf dengan MAIPk sekali gus mampu memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat yang memerlukan. Kini pelbagai saluran bayaran berwakaf telah diperkenalkan antaranya secara dalam talian yang kini menjadi pilihan penyumbang yang sangat mudah dan cepat dilakukan. Selain itu, boleh juga berwakaf dengan menjadi penyumbang tetap secara pemotongan gaji sangat digalakkan.

Kesedaran dan keperihatinan masyarakat untuk membudayakan ibadah wakaf sangat dituntut dalam mencerminkan cetusan tekad dan semangat untuk saling membantu mengangkat martabat ummah. Semoga dengan berwakaf ini mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan memberi impak yang berkesan dalam membantu keperluan dan maslahah semasa ummah di negeri Perak.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.