• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : TANPANYA DUNIAKU KABUR

Nurfarzana Qistina binti Mustapa
Kampung Suak Petai

KUALA KANGSAR - Nurfarzana berumur 12 tahun merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik. Ayahnya, Encik Mustapa bin Lan bekerja sebagai nelayan darat. Ibunya pula seorang suri rumah. Pendapatan Encik Mustapa sekitar RM700 sahaja setiap bulan. Kadang kala keadaan cuaca yang tidak menentu tidak mengizinkannya untuk turun ke sungai. Itu tidak mematahkan semangat Encik Mustapa bagi mencari sesuap rezeki untuknya dan keluarga. Malah dia lebih gigih berusaha dengan mengambil upah kerja-kerja kampung dan mesin rumput jika tidak turun ke laut.

Rumah yang didiami mereka sekarang ini disewa dengan kadar RM200 sebulan. Mereka terpaksa ikat perut. Berpada dengan apa yang ada. Berjimat selagi terdaya. Walau sebesar manapun ujian yang diberikan-Nya, hidup perlu diteruskan. Encik Mustapa diuji pula dengan salah seorang anaknya mempunyai masalah paru-paru sejak dari kecil dan masih lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Encik Mustapa adalah asnaf yang pernah menerima beberapa siri bantuan antaranya bantuan sekaligus (one-off), bantuan kecemasan, bantuan persekolahan untuk anak-anak dan bantuan modal bagi pembelian sampan dan enjin bot. Kali ini seorang lagi anaknya Nurfarzana memohon bantuan cermin mata daripada MAIPk disebabkan cermin matanya yang rosak ketika berlaku kebakaran di rumah neneknya sebelum ini. Semenjak itu, proses pembelajaran di sekolahnya terganggu akibat matanya yang rabun jauh. Sehingga menyukarkan Nurfarzana menyalin nota daripada papan hitam dan sukar memahami kehendak guru. Nurfarzana yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Manong itu tarpaksa meminta bantuan daripada rakan di sebelahnya untuk membantunya di dalam kelas. Adakalanya perkara ini menggagu pembelajaran rakannya.

Pada 14 April 2022 yang lalu MAIPk telah meluluskan bantuan perubatan bagi Nurfarzana Qistina Binti Mustapa berupa sepasang cermin mata. Bantuan bernilai RM420 itu telah diserahkan oleh Pegawai Baitulmal MAIPk, Puan Nurul Farzana Binti Ahmad Shah. Semoga dengan bantuan cermin mata ini dapat membantu adik Nurfarzana belajar dengan lebih baik dan cemerlang.

Jutaan terima kasih buat para muzakki yang bersama-sama MAIPk dalam membantu asnaf-asnaf yang memerlukan. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni. “Daripada anda, untuk mereka”. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX, lebih mudah, pantas dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.