• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN DAN PENDIGITILAN (ZON 2)

KAMUNTING, 26 September 2022 – Skim Latihan Keusahawanan Asnaf MAIPk di bawah Program Pembangunan Ekonomi Asnaf (Proper A) diteruskan lagi di Hotel SSL Traders, Kamunting pada kali ini. Ia merupakan Kursus Asas Keusahawanan & Pendigitalan Zon 2 dengan penyertaan seramai 50 orang peserta. Sebelum ini, kursus yang sama telah pun diadakan di Zon 1 yang bertempat di Batu Gajah.

Kursus kali ini dikendalikan oleh Centre For Advanced & Professional Education (CAPE) dari Universiti Teknologi Petronas yang juga sebagai Penyedia Latihan. Kursus di hotel ini berlangsung selama 3 hari, iaitu bermula dari 23 sehingga 25 September 2022. Kemudian akan diteruskan sehingga cukup 4 bulan yang merangkumi kursus-kursus tambahan serta pemantauan berkala.

Antara kursus yang dijalankan adalah:
- Asas Keusahawanan
- Asas Pengurusan Kewangan
- Asas Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar & Media Sosial
- Program Kerohanian
- Pendaftaran Perniagaan Dalam Sistem Usahawan Negeri Perak

Peserta yang menyertai kursus ini akan menerima sijil penyertaan daripada MAIPk dan CAPE. Mereka juga akan dilatih secara bersistematik selama 3 bulan dalam Program Mentoring. Perniagaan mereka pula akan didaftarkan dalam Sistem Usahawan Negeri Perak. Dengan adanya sistem ini, peserta akan mendapat pelbagai manfaat berkenaan geran, pembiayaan dan info berkaitan program keusahawanan yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi di dalam negeri Perak. Mereka juga diberi peluang untuk melonjakkan perniagaan mereka di pelbagai platform dan agensi.

Semoga dengan kursus yang dijalankan dapat membantu para peserta dalam menguruskan perniagaan dan menambah baik pengurusan perniagaan masing-masing. Kami berharap agar setiap peserta dapat meningkatkan tahap ekonomi masing-masing dan semoga semua peserta akan menjadi muzakki yang beriman dan bertakwa pada suatu hari nanti. Amin!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.