• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : NASI AYAM KAPAK

Shukor Ramli bin Hashim
Taman Melor, Teluk Intan

TELUK INTAN - Encik Ramli yang berasal dari Teluk Intan, Perak merupakan bapa kepada empat orang anak. Dia menafkahi keluarganya dengan berniaga Nasi Ayam Kapak di Taman Melor. Ada kalanya dia akan berniaga di tapak pasar malam yang berdekatan. Dia telah berniaga nasi ayam sejak tahun 2020 lagi. Isteri dan anak-anaknya akan membantu di tapak jualan mereka. Jadi tidak perlu lagi dia mencari pekerja tambahan. Purata pendapatan bulanan hasil jualan nasi ayamnya adalah sebanyak RM1200. Dengan pendapatan itulah dia menyara kehidupannya sekeluarga dan membayar rumah yang disewa sebanyak RM200 sebulan.

Nasi Ayamnya semakin diterima ramai dan pelanggannya menggemari air tangannya. Dia berhasrat menambah pendapatannya dengan membuka cawangan baru Nasi Ayam Kapaknya. Cawangan baru itu nanti akan diuruskan oleh anaknya. Namun hasratnya tidak kesampaian kerana kekangan modal. Akhirnya dia tampil memohon bantuan modal perniagaan daripada MAIPk untuk membeli perkakas memasak yang baharu untuk kegunaan di tapak cawangan baharunya.

Syukur rezeki menyebelahinya. Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, Pegawai Baitulmal Daerah Hilir Perak, Tuan Johar bin Zainal Abidin telah menyerahkan bantuan modal perniagaan berjumlah RM2,950 kepada Encik Ramli. Bantuan tersebut berupa periuk aluminium jenis bulat 16 inci besi Gi (2 unit), periuk masak bubur jenis bulat bertangkai 13 inci (4 Unit), 3 ring outdoor gas c/w kepala dan paip (2 unit), high pressure stove c/w kepala dan paip (2 unit), kuali aluminium 27 inci (2 unit), dan stand letak kuali (1 unit). Diharapkan dengan bantuan ini dapat memajukan lagi perniagaan Encik Ramli sekeluarga. Semoga pada suatu hari nanti, mereka akan menjadi muzakki pula dan membantu asnaf yang lain.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.