• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PESERTA ASNAF MAIPk TAMAT DAN LULUS UJIAN LESEN MEMANDU

Skim Latihan-Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk dikembangkan ke segmen Lesen Memandu Jentera Beroda. Program Lesen Memandu MAIPk yang diadakan pada bulan September yang lalu telah dikendalikan oleh Institut Memandu Gabungan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn. Bhd.

Sejak September tahun 2022, MAIPk menganjurkan tajaan Lesen Memandu CDL dan Lesen Vokasional GDL serta Lesen PSV. Program ini telah dijalankan di tiga buah institut memandu terpilih yang melibatkan 240 orang peserta.

Pada kali ini, 19 orang peserta telah terpilih untuk mengikuti Lesen Memandu Kelas H – Jentera Beroda dan mereka ini telah tamat latihan dan lulus ujian memandu jentera beroda dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 20.10.2022 dan 27.10.2022 yang lalu.

Program Lesen Memandu ini diadakan untuk membuka peluang pekerjaan kepada para asnaf. Selain itu, ia juga membantu menaik taraf pekerjaan sedia ada dan memberi peluang menjana pendapatan sampingan.

Ayuh teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi memperkukuh taraf ekonomi serta meningkatkan pendapatan seisi rumah para asnaf yang memerlukan. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX, Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.