• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk terima bayaran Zakat Perniagaan dan Tanaman berjumlah RM6,288,359.24

MAIPk terima bayaran Zakat Perniagaan dan Tanaman berjumlah RM6,288,359.24

IPOH, 20 Disember 2022 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan tanaman berjumlah RM6,288,359.24 daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta, hari ini.

Penyerahan didahului Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Yahanis bin Yahya menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM3,609,211.09.

Ia diikuti Felcra Berhad Wilayah Perak diwakili oleh Pengurus Besar Wilayah, Yusoff bin Razali dengan menunaikan zakat tanaman bagi musim 2/2021 dan musim 1/2022 berjumlah RM1,547,020.12.

Sementara itu, Prosontech Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Razali bin Kamarulzaman menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM510,000.00.

Seterusnya Koperasi Perladangan kawasan Bagan Datoh Perak Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM486,393.03 diserahkan oleh Pengerusi Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak, Haji Salleh Hudin bin Kamarudin.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang diwakili oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Haji Khairuddin bin Haji Tarmizi berjumlah RM135,735.00.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin,  Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd. Annuar bin Zaini, YBhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim, Mufti Negeri Perak, YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.