• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : SELAMAT DAN SELESA DI RUMAH BAHARU

Haslan bin Ibrahim
Kg. Kelimat, Sungai Siput (U)

Encik Haslan tinggal bersendirian di Kampung Kelimat. Dia tinggal di rumah pusaka milik keluarganya. Dia melakukan kerja kampung untuk menyara kehidupannya dengan mengambil upah menebas dan menorah getah. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM500 sebulan.

Rumah pusaka yang sekian lama didudukinya sejak kecil itu kini semakin uzur. Sebahagian besar bumbung rumahnya telah tertanggal. Keadaan rangka bumbung juga telah reput. Terdapat bahagian rumahnya yang tidak bertutup kerana dinding yang diperbuat daripada kayu itu telah reput.

Hati Encik Haslan sentiasa berdebar setiap kali cuaca hujan lebat kerana bimbang atap rumahnya roboh. Apabila malam pula, tidurnya tidak lena kerana bimbang binatang berbisa memasuki rumahnya. Seminggu sekali Encik Haslan akan menabur serbuk belerang dikeliling rumah bagi mengelakkan ular masuk ke rumah.

Bimbang akan keselamatan dirinya akhirnya Encik Haslan memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk kerana dia tidak mampu membaiki kerosakan rumahnya sendiri. Syukur doanya dimakbulkan Allah SWT. Kini Encik Haslan boleh tidur lena selepas tinggal di rumah baharunya. Rumah jenis 2 bilik berkeluasan 600kp itu bernilai RM54,000.
https://www.facebook.com/reel/1198150911073534

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.