• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

ZIARAH ASNAF DAN LAWATAN PROJEK TANAH WAKAF

LENGGONG, 28 Februari 2023- Program Ziarah Asnaf merupakan program berkala yang dijalankan bagi meninjau keadaan para asnaf yang telah menerima bantuan sebelumnya. Program ini juga merupakan keprihatinan MAIPk bagi memastikan nasib para asnaf terbela dalam menyediakan khidmat agihan zakat yang dipertanggungjawabkan. Program sebegini diadakan di setiap daerah yang terpilih dari masa ke masa.

Hadir sama dalam program ziarah asnaf Daerah Lenggong pada kali ini ialah Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato Meor Roslan bin Dato Seri Meor Ahmad Rashidi, YB ADUN Kenering, Ustaz Husairi bin Ariffin, Penghulu Kanan Mukim Lenggong, Encik Jazuli bin Ibrahim, Penghulu Mukim Lenggong, Encik Abdul Aziz bin Ahmad, Penghulu Mukim Durian Pipit, Encik Mohd Adzahar bin Mohd Yunus, Penghulu Mukim Temelong, Encik Mohd Hafizi bin Hanin, Pegawai Baitulmal MAIPk Daerah Lenggong, Ustaz Mohd Ariffullah bin Mashudi dan beberapa orang pegawai MAIPk.

Team ziarah asnaf MAIPk dan barisan VIP yang menyertai program kali ini sempat menziarah empat buah rumah asnaf di lokasi yang berbeza, iaitu di Kg. Air Ibol Sumpitan, Kg. Batu Dinding, RPA Taman Kota Tampan dan rumah asnaf di Kampung Chepor. Bantuan tunai berjumlah RM300 dan barangan makanan serta keperluan dapur dihulurkan kepada asnaf bagi setiap rumah yang kami kunjungi. Bukan itu sahaja, team ziarah ini juga berkesempatan melawat Projek Tanaman Nanas di tanah wakaf Masjid Lama Kg. Gelok. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ziarah asnaf pada kali ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih para muzakki dan pewakaf yang sentiasa bersama-sama MAIPk. Usaha sebegini akan sentiasa diteruskan lagi pada masa akan datang. Masih banyak yang memerlukan bantuan anda. Teruskan menyokong MAIPk dalam menyantuni asnaf. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Dana zakat daripada anda memberi sinar baharu buat asnaf. “Daripada Anda, Untuk Mereka.” Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

https://www.facebook.com/reel/2121656554691812





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.