• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk melaksanakan eRating demi kepuasan pelanggan

Ipoh - Pihak MAIPk dianugerahkan Sijil Penghargaan Pelaksanaan eRating oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Penghargaan tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Zainal Rahim bin Seman pada 27 Oktober 2015 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan. Turut menerima Sijil Penghargaan ialah 36 agensi kerajaan seluruh negeri Perak. Beliau menyatakan bahawa sistem eRating yang mula dilaksanakan pada Mei 2015 telah dinilai oleh 16153 pelanggan. Maklum balas yang diterima ialah 99.3 peratus pelanggan memberikan penilaian cemerlang dan memuaskan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Sistem eRating merupakan satu sistem penilaian kepuasan pelanggan secara elektronik. Sistem ini memudahkan pelanggan memberikan maklum balas segera secara elektronik bagi perkhidmatan diberikan oleh petugas di kaunter. Menurut MAMPU pelaksanaan sistem ini akan diperluaskan supaya kualiti perkhidmatan kaunter di agensi-agensi kerajaan dapat dipertingkatkan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.