KUNJUNGAN HORMAT BANK ISLAM KE MAIPk
IPOH, 8 Julai 2025 – Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bank Islam Malaysia Berhad hari ini, dalam usaha mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
Delegasi tersebut diketuai oleh Tuan Haji Norman bin Awang, Ketua Hubungan Perniagaan Strategik, Agihan Perbankan Runcit Bank Islam Malaysia Berhad.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan ke arah kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya berkaitan pembangunan sosioekonomi ummah melalui instrumen kewangan Islam yang mampan dan berimpak.

