MAIPk PARIT BUNTAR SALUR BANTUAN PERUBATAN
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Parit Buntar telah mengagihkan bantuan perubatan kepada sembilan (9) orang penerima di sekitar Parit Buntar. Sebanyak RM32,210.00 telah diperuntukkan bagi penyediaan ubat-ubatan serta keperluan perubatan antaranya katil pesakit, lampin pakai buang, susu dan tisu basah.
Agihan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus MAIPk Cawangan Parit Buntar, Muhammad Isyraf Danial bin Mazlan. Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penerima di samping menyokong kesejahteraan dan kualiti hidup mereka secara berterusan.














