• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PROGRAM ASAS JAHITAN MAIPk TINGKAT KEMAHIRAN DAN POTENSI PENJANAAN PENDAPATAN ASNAF

PROGRAM ASAS JAHITAN MAIPk TINGKAT KEMAHIRAN DAN POTENSI PENJANAAN PENDAPATAN ASNAF

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Asas Jahitan Telekung dan Beg Tote pada 27&28 Disember 2025 bertempat di Pusat Jahitan KEMAS Gopeng, sebagai usaha berterusan dalam memperkasa golongan ibu tunggal dan asnaf ke arah berdikari serta berdaya saing. Program ini melibatkan peserta yang sebelum ini telah menerima bantuan modal berupa mesin jahit daripada MAIPk, dengan fokus untuk memperkukuh kemahiran praktikal yang telah dimiliki.

Program ini disertai oleh 20 golongan asnaf dan mereka diberi pendedahan secara teori dan latihan amali, peserta didedahkan dengan teknik asas jahitan telekung dan beg tote yang berkualiti serta berpotensi untuk dikomersialkan. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran menjahit peserta agar dapat dimanfaatkan secara optimum sebagai sumber pendapatan, seterusnya membantu meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup mereka.

MAIPk sentiasa dan terus melaksanakan program pembangunan keusahawanan yang menyeluruh selaras dengan aspirasi memperkasa asnaf melalui pendekatan yang mampan, berfokus dan berorientasikan kemahiran serta keusahawanan.




 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.