MAIPk HULUR BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA KEBAKARAN
IPOH – Pada 29 Disember 2025, kira-kira jam 3.30 petang, satu kejadian kebakaran telah berlaku di Kampung Kuala Pari Hilir yang melibatkan empat (4) buah keluarga.
Sejurus menerima maklumat kejadian, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menziarahi mangsa serta menyalurkan bantuan segera berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua keluarga. Selain itu, bekalan beras dan barangan keperluan harian turut disampaikan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.
Mangsa kebakaran telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Kuala Pari sebelum dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Pari Tengah.
MAIPk mendoakan agar semua mangsa dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.










