MAIPk PARIT BUNTAR BANTU MANGSA KEBAKARAN
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) cawangan Parit Buntar telah menziarahi serta menyampaikan bantuan kecemasan tunai kepada mangsa kebakaran di Kampung Tok Pulut, Kuala Kurau pada 10 Januari lepas.
Dalam insiden berkenaan, dua (2) buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran, manakala sebuah (1) rumah lagi mengalami kerosakan kecil.
Bantuan telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd. Saufi bin Ibrahim bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Permohonan bantuan bina atau baik pulih rumah seterusnya akan diproses tertakluk kepada kriteria dan syarat yang ditetapkan.
MAIPk kekal komited dalam membantu golongan yang terjejas serta memerlukan.

MAIPk kekal komited dalam membantu golongan yang terjejas serta memerlukan.







