• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk ZON UTARA BANTU MANGSA KEBAKARAN

Bagan Serai, 25 Januari 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Zon Utara telah menziarahi serta menyampaikan bantuan kecemasan tunai kepada mangsa kebakaran di Kampung Parit Jawa, Bagan Serai.

Mangsa, Zainuddin bin Hashim memaklumkan bahawa kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi tersebut telah memusnahkan keseluruhan rumah kediaman beserta harta benda.

Bantuan telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd. Saufi bin Ibrahim bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Permohonan bantuan bina rumah seterusnya akan diproses tertakluk kepada kriteria dan syarat yang ditetapkan. MAIPk kekal komited dalam membantu golongan yang terjejas dan memerlukan.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.