PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN PROJEK WAKAF PUSAT DIALISIS @ KUALA KANGSAR
Alhamdulillah, pelaksanaan Projek Wakaf Pusat Dialisis di Kuala Kangsar kini mencatat 40% kemajuan. Projek ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2026 bagi menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang lebih selesa dan berdaya maju kepada pesakit yang memerlukan.
Reka bentuk 3D bangunan serta konsep dalaman telah disiapkan sebagai langkah awal ke arah penyediaan fasiliti rawatan wakaf yang berkualiti dan mampan.







