PEMBENTANGAN PRA LAPORAN KERJASAMA STRATEGIK MAIPk DAN UPSI DALAM KONTEKS PENYELIDIKAN KELESTARIAN WARISAN PERAK BERLANDASKAN ISLAM
IPOH, 30 Januari 2026 – Ketua Pegawai Pentadbiran MAIPk, Bakri bin Lee mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk mengucapkan tahniah atas kejayaan menjalankan penyelidikan kelestarian warisan Perak berlandaskan Islam bagi pihak MAIPk kepada Prof Madya Dr. Anida Sarudin (UPSI) sebagai ketua penyelidik, Dr. Nur Syuhada Mat Sin (UPSI) dan Dr. Mohamad Nik Mat Pelet (UiTM).
Penyelidikan ini mengandungi 4 program iaitu pengumpulan dialek Perak, penulisan buku kreatif ilmiah 5 tokoh warisan Perak, podcast warisan Perak dan santun menerusi komik dan naratif rakyat dari manuskrip Misa Melayu.
Hasil perbincangan kajian ini akan di kemaskini dan dimuktamadkan serta bakal ditempatkan di perpustakaan penyelidikan MAIPk untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat terutama generasi akan datang.
‘Memperteguh Syariat, Melestari Adat’










