• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk SALUR BANTUAN PERUBATAN DI KUALA KANGSAR

KUALA KANGSAR – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited menyantuni golongan asnaf yang memerlukan. Pada kali ini MAIPk menyalurkan Skim Bantuan Perubatan kepada empat orang penerima di sekitar Kuala Kangsar. Penyerahan Bantuan Perubatan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Zul-Azri bin Hosaini.

Antara penerima Bantuan Perubatan ialah Ungku Uraida binti U Mohamed yang baru sahaja menjalani pembedahan amputasi bawah lutut sebelah kiri akibat jangkitan kuman. Selain itu, kaki kanannya turut mengalami luka dan memerlukan rawatan serta cucian setiap hari. MAIPk menyalurkan bantuan katil hospital, ripple mattress serta Dr. P Tena Pants sebanyak 15 karton bagi kegunaan selama enam bulan dengan jumlah kos bantuan sebanyak RM5,490.00.

Turut menerima bantuan ialah Megat Zharfan Ammar bin Mohd Zahiya, yang mengalami masalah tulang belakang dan buah pinggang sejak dilahirkan dan beliau terpaksa menggunakan tiub kencing. MAIPk telah menyalurkan bantuan perubatan tena pants 4 karton dan foley catheter 23 kotak bagi tempoh selama enam bulan dengan kos keseluruhan RM2,340.00.

Selain itu, Sariah binti Alang Dahman, yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta bergantung kepada kerusi roda untuk pergerakan harian. MAIPk menyalurkan bantuan perubatan tena pants 16 karton dengan kos keseluruhan RM2,880.00 bagi tempoh enam bulan.

Seorang lagi penerima yang turut disantuni ialah adik Muhammad Aisy Iskandar, yang menghidap Sindrom Down, mengalami alahan yang teruk sehingga memerlukan susu khas. Pihak MAIPk menanggung kos keperluan nestle nutren junior 36 kotak bagi tempoh enam bulan berjumlah RM3,672.00.

MAIPk berharap penyaluran bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penerima serta membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa dan terurus. Usaha ini mencerminkan komitmen MAIPk dalam memastikan dana zakat dimanfaatkan secara berkesan demi kesejahteraan asnaf dan masyarakat di negeri Perak.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.