MAIPk Terus Komited Menyantuni Golongan Memerlukan Melalui Agihan Zakat Dan Wakaf
MAIPk terus komited menyantuni golongan memerlukan melalui agihan zakat dan wakaf, agar tiada yang terpinggir dan setiap insan terus diberi ruang untuk hidup dengan lebih bermaruah.
Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar bantuan, tetapi keprihatinan dan amanah yang dipikul bersama.
“Kamu tidak sekali-kali dapat mencapai (hakikat) kebajikan yang sempurna sehingga kamu membelanjakan sebahagian daripada harta yang kamu sayangi. Dan apa-apa sahaja yang kamu belanjakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran 3 : 92)








