PEMBENTANGAN CADANGAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN BAITULMAL DAN ADAT MELAYU PERAK
IPOH, 11 Februari 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di wakili oleh Ketua Pegawai Pengurusan, Encik Bakri bin Lee telah menerima pembentangan dari Pusat Wakaf, Endownmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI.
Pembentangan awal tersebut diketuai oleh Pengarah WEZAS, Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir bin Abd Latiff menumpukan kepada cadangan penubuhan Pusat Penyelidikan Baitulmal dan Adat Melayu di UPSI.
Pusat tersebut berperanan sebagai pusat kajian dan penyelidikan baitulmal, menjalankan penerbitan dan perundingan dalam bidang kepakaran zakat, wakaf dan adat Melayu Perak serta menjalankan penyelidikan berkenaan bidang zakat, wakaf dan mal bagi memastikan kelestarian dana.










