DUGAAN MENJELANG SYAWAL
TAIPING, 11 Mac 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Zon Utara telah menziarahi serta menyampaikan bantuan kecemasan tunai segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Salak Baru, Trong pada hari ini. Pemilik rumah, Mohamad Hafiz bin Mustapa, memaklumkan kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 1.00 pagi telah memusnahkan kira-kira 60% daripada struktur rumah serta harta benda miliknya.
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd. Saufi bin Ibrahim, sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung mangsa. Permohonan bantuan bina rumah seterusnya akan diproses tertakluk kepada kriteria serta syarat yang ditetapkan oleh MAIPk.
MAIPk kekal komited dalam membantu golongan yang terjejas serta memerlukan, khususnya dalam memastikan kebajikan asnaf terus terbela.












