• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk MANJUNG KOMITED SALURKAN BANTUAN PERUBATAN

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Manjung telah menyalurkan bantuan perubatan kepada lima penerima di sekitar daerah Manjung dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM30,484.00.

Bantuan yang disalurkan merangkumi pelbagai keperluan perubatan asas seperti lampin pakai buang, susu khas, katil pesakit serta kerusi roda, bagi memastikan keperluan kesihatan penerima dapat dipenuhi dengan lebih baik.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus MAIPk Cawangan Manjung, Encik Muhammad Zulzakwan bin Mohammed Khalani kepada para penerima yang memerlukan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MAIPk dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam aspek kesihatan dan kebajikan. MAIPk berharap agar bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban kewangan para penerima, di samping menyokong kesejahteraan serta meningkatkan kualiti hidup mereka.

MAIPk kekal komited dalam memperkasa usaha kebajikan dan membantu golongan yang memerlukan di Negeri Perak.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.