• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN DI GERIK

GERIK, 27 Mac 2026– Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) turun padang menyantuni sepuluh (10) mangsa sekeluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di No. 44, Kampung Jong, Gerik, Perak. Kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri, namun tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dijilat api.

Mangsa kini menumpang di rumah saudara sementara menunggu pembinaan semula rumah. Antara keperluan mendesak ialah toto, selimut, bantal, tilam, lampin pakai buang serta makanan bayi termasuk bagi bayi berusia tujuh (7) hari.

Pengurus MAIPk Cawangan Gerik, Shamsul Anuar bin Zakaria turut hadir menyantuni mangsa. MAIPk menyeru agar semangat kebersamaan dan keprihatinan terus dipupuk dalam membantu golongan yang ditimpa musibah.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.