PERSIDANGAN MPM PERKUKUH PERANAN MASJID SEBAGAI TERAS PEMBANGUNAN UMMAH PERAK
IPOH, 25 APRIL 2026 – Persidangan Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak (MPM) Kali Ke-5 Bil. 1/2026 telah berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Persidangan telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini.
Persidangan ini membincangkan usul serta cadangan pendekatan-pendekatan yang dikemukakan oleh Ahli MPM dalam usaha memperkasa pengimarahan masjid di seluruh negeri Perak secara lebih menyeluruh, tersusun dan berimpak tinggi.
Semoga peranan institusi masjid dapat terus diperkasa, diperkukuhkan secara berterusan, selari dengan keperluan semasa seterusnya menyumbang secara signifikan dalam kemajuan dan kesejahteraan ummah di Negeri Perak.
Persidangan MPM turut dihadiri oleh Orang Besar Jajahan Hilir Perak, YBhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato’ Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, YBhg. Dato' Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Timbalan Mufti Perak, Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim serta barisan ahli MPM.












