MAIPk TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MUIS, PERKUKUH SINERGI PENGURUSAN ISLAM
IPOH, 28 April 2026 – MAIPk berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung di Dewan Persidangan, KIDR.
Delegasi MUIS diketuai oleh Datuk Haji Mohd. Dandan @ Ame bin Haji Alidin, Ahli Majlis Tertinggi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan, manakala pihak MAIPk diwakili oleh Mohd Said bin Mohd Rais, Ketua Pegawai Kewangan serta pegawai-pegawai melibatkan Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Komunikasi Strategik, Sekretariat dan Adat Melayu, Unit Audit Dalam serta Unit Pengurusan Risiko, Kualiti dan Integriti.
Pertemuan ini membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman khususnya dalam aspek pengurusan risiko, audit dalaman serta pelaksanaan projek pembangunan asnaf yang lebih berkesan dan berimpak tinggi.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh tadbir urus institusi Islam ke arah lebih telus, berintegriti dan progresif.










