MAIPk ZIARAH MANGSA KEBAKARAN, SALUR BANTUAN SEGERA
KUALA KANGSAR, 5 Mei 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Kuala Kangsar telah mengadakan kunjungan kepada Puan Rabaayah binti Alg Abd Rahman yang ditimpa musibah akibat kebakaran. Kejadian yang berlaku pada 2 Mei lalu telah mengakibatkan rumah pusaka keluarga beliau musnah sepenuhnya.
Dalam kunjungan tersebut, Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Encik Zul-Azri bin Hosaini menyantuni Puan Rabaayah serta telah menyampaikan Bantuan Segera. Pihak MAIPk mendoakan agar Puan Rabaayah sekeluarga diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian dan dipermudahkan segala urusan untuk membina semula kehidupan selepas tragedi ini.










