RM582 RIBU DANA MANFAAT WAKAF DISALURKAN DI SELURUH NEGERI PERAK
Alhamdulillah, Dana Manfaat Wakaf Saraan Negeri Perak terus disalurkan bagi memperkasa institusi Islam dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat di Negeri Perak.
Bagi tempoh Mac hingga April 2026, sebanyak RM582,110.84 telah diagihkan melibatkan 194 penerima yang terdiri daripada masjid, surau, sekolah agama rakyat dan pengurusan kubur di seluruh negeri.
Agihan ini mencerminkan komitmen MAIPk dalam memastikan manfaat wakaf terus berkembang demi menyokong pembangunan ummah, kebajikan komuniti serta pengimarahan institusi Islam.
Wakaf bukan tentang berapa banyak yang diberi, tetapi sejauh mana manfaatnya terus mengalir. Jom berwakaf dengan Wakaf Al Ridzuan sekarang!








