• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk PERUNTUK LEBIH RM3.1 JUTA, HANTAR 340 ASNAF IKUTI PROGRAM TVET TAHUN 2026

MAIPk PERUNTUK LEBIH RM3.1 JUTA, HANTAR 340 ASNAF IKUTI PROGRAM TVET TAHUN 2026

IPOH, 13 Julai 2026 – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) terus memperkukuh agenda pemerkasaan asnaf melalui pelaksanaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan melepaskan seramai 340 peserta asnaf untuk mengikuti latihan kemahiran di enam (6) institusi latihan yang dilantik bagi Tahun 2026.

Majlis Pelepasan Peserta TVET MAIPk Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Ipoh ini merupakan siri pelepasan terbesar yang dilaksanakan oleh MAIPk pada tahun ini. Program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, sebagai simbolik pelepasan peserta sebelum memulakan latihan di institusi masing-masing.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program ini, MAIPk memperuntukkan lebih RM3.1 juta bagi membiayai kos latihan kemahiran, pensijilan profesional serta keperluan latihan peserta. Pelaburan ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkasakan sosioekonomi asnaf melalui pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan modal insan yang berdaya saing. Para peserta akan mengikuti latihan dalam pelbagai bidang berimpak tinggi yang mempunyai permintaan besar dalam industri, antaranya pembinaan, minyak dan gas (oil & gas), automasi industri, kimpalan, perkapalan, kesihatan serta sektor perkhidmatan. Tempoh latihan adalah antara satu (1) hingga sembilan (9) bulan bergantung kepada kursus yang diikuti.

Majlis turut menyaksikan sesi penyerahan simbolik peserta kepada wakil penyedia latihan sebelum mereka melapor diri di pusat latihan masing-masing. Enam institusi latihan yang terlibat ialah Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, SRC Global Resources Sdn. Bhd., Vision University College, Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd., Northwestern Institute of Advanced Technical Skills dan Haaza Centre of Excellence.

Program TVET merupakan antara inisiatif strategik MAIPk dalam melahirkan lebih ramai asnaf yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri selaras dengan aspirasi memperkasa ummah melalui pendidikan dan latihan kemahiran.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.