• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • UJIAN BERAT BUAT SEBUAH KELUARGA, MAIPk HADIR MENGHULURKAN BANTUAN

UJIAN BERAT BUAT SEBUAH KELUARGA, MAIPk HADIR MENGHULURKAN BANTUAN

TELUK INTAN – Prihatin terhadap nasib golongan yang diuji dengan musibah, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Teluk Intan turun ke lapangan bagi menziarahi dan menyantuni Encik Ramzi bersama keluarganya, di samping meninjau sendiri keadaan serta keperluan yang sedang dihadapi oleh keluarga berkenaan.

Encik Ramzi kini sedang melalui detik sukar selepas mengalami pendarahan di bahagian kepala akibat saluran pembuluh darah yang pecah. Keadaan tersebut memerlukan beliau menjalani rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi dan telah melalui tiga kali pembedahan bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Lebih menyentuh hati, Encik Ramzi merupakan bapa kepada empat orang anak yang masing-masing berusia 9 tahun, 6 tahun, 4 tahun dan 4 bulan. Sebelum ditimpa musibah, beliau bekerja sebagai pekerja kontrak bagi menanggung keperluan keluarga, manakala isterinya merupakan seorang suri rumah.

Namun, keadaan kesihatan yang dialami kini menyebabkan beliau tidak lagi mampu menguruskan diri seperti sebelumnya. Dalam keadaan keluarga yang masih mempunyai anak-anak kecil untuk ditanggung, keperluan harian seperti lampin pakai buang (pampers) dan susu formula tambahan turut menjadi antara keperluan penting yang perlu disediakan.

Menyedari kesukaran yang sedang dihadapi, Pengurus Besar MAIPk Zon Barat, Encik Mohd Latiff bin Talib telah menyampaikan bantuan kewangan segera berjumlah RM800.00 bagi meringankan beban keluarga. Selain itu, bantuan perubatan berjumlah RM12,200.00 turut diluluskan bagi membantu memenuhi keperluan perubatan Encik Ramzi.

Semoga bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Encik Ramzi serta memberi ruang dan kekuatan kepada mereka untuk terus tabah menghadapi ujian.

Setiap bantuan yang disampaikan adalah tanda keprihatinan bersama dalam memastikan mereka yang diuji tidak berasa keseorangan. Terima kasih juga kepada pembayar zakat, kerana anda golongan asnaf dapat menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kepada golongan memerlukan.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.