• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BICARA INTEGRITI: "BERINGAT SEBELUM KENA"

IPOH, 17 Ogos 2026 – Hampir 100 orang warga kerja Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dari Ibu Pejabat serta cawangan telah menyertai Bicara Integriti: “Beringat Sebelum Kena” yang berlangsung di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, hari ini.

Program anjuran Unit Pengurusan Risiko, Kualiti & Integriti MAIPk ini menampilkan Encik Muaz bin Haji Mahpuzillah, Penasihat Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Ipoh, sebagai penceramah. Bicara Integriti ini memberi penekanan terhadap kepentingan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang kewangan, kewaspadaan terhadap jenayah kewangan serta taktik penipuan yang semakin pelbagai pada masa kini.

Peserta turut didedahkan dengan kepentingan membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan kewangan, di samping sentiasa berwaspada terhadap tawaran, permintaan atau urusan kewangan yang mencurigakan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MAIPk dalam memperkukuh kesedaran warga kerja terhadap aspek integriti, pengurusan kewangan yang berhemah serta kepentingan sentiasa berwaspada terhadap risiko penipuan dan jenayah kewangan.

Beringat sebelum kena. Semak sebelum percaya. Fikir sebelum bertindak.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.