• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 1448H/2026M

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 1448H/2026M

IPOH, 25 Ogos 2026 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1448H/2026M. Majlis sambutan pada tahun ini bertemakan ‘Membina Jati Diri Muslim – Memperkukuh Identiti Ummah’ telah berlangsung di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru.

Majlis dimulakan dengan ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, YBhg. Dato' Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim serta barisan kepimpinan negeri Perak.

Penganjuran sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah penting dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, selain menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta menghayati ajaran dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. Antara pengisian majlis termasuk zikir Asma’ Al-Husna, bacaan ayat suci al-Quran, berselawat serta titah diraja.

Majlis turut menyaksikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyampaikan anugerah kepada tokoh dan pihak yang telah memberi sumbangan dalam bidang keagamaan, kemasyarakatan serta komunikasi dan media.

Antara penerima anugerah ialah Anugerah Keluarga Ammar bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) kepada Puan Yang binti Hj. Walad dari Parit Buntar; Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah) kepada bekas qari kebangsaan dan antarabangsa, AF Ustaz Radzi bin Kamarul Hailan; serta Anugerah Zaid bin Thabit (Tokoh Pengamal Komunikasi & Media) kepada bekas pengulas sukan dan pelakon veteran, YBhg. Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali, yang merupakan anak kelahiran Batu Gajah.

Turut menerima pengiktirafan ialah Pertubuhan Wanita Prihatin Perak, Ipoh bagi Anugerah Badan Bukan Kerajaan (NGO). Sementara itu, Anugerah Pegawai Masjid (Tokoh Imam) dianugerahkan kepada Encik Mohd Hanafiah bin Idris dari Kampung Malau, Kenering, Gerik; Anugerah Pegawai Masjid (Tokoh Bilal) kepada Yahaya bin Man dari Kampung Padang Jeri, Gerik; dan Anugerah Pegawai Masjid (Tokoh Siak) kepada Encik Saharuddin bin Hassim dari Chemor.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.