• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk bantu pesakit tulang belakang

12 April 2016 Ulu Kinta - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk dengan kerjasama Ketua Kampung Batu 8 Tuan Haji Mohd Tahir telah menziarahi sebuah keluarga asnaf yang mana anak perempuannya sakit terlantar sejak tahun 2013 akibat sakit TB tulang belakang. Sebelum ini Norazua binti Sabri, 28 tahun merupakan seorang pelajar di SEGI Collage tetapi setelah menghidap penyakit berkenaan beliau tidak dapat meneruskan pengajiannya kerana penyakit yang dihidapinya itu. Justeru, ziarah mahabbah yang dilakukan ke rumah pemohon bertujuan mendapatkan maklumat terperinci keperluan keluarga ini dan seterusnya pihak SPA MAIPk telah menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM500.00 bagi meringankan beban sementara menampung kos perubatan harian.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.