• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Perhimpunan Bulanan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Bil 03/2016

Perhimpunan Bulanan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Bil 03/2016

IPOH,19 September 2016 (Isnin) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan MAIPk Bil 3/2016 bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali.. Program ini diselia oleh MAIPk Zon Tengah dan Selatan. Perhimpunan bulanan ini melibatkan semua perkhidmat MAIPk daripada ibu pejabat serta semua cawangan daerah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan, lagu Negeri Perak, bacaan doa, bacaan ikrar, dan makluman berita-berita semasa MAIPk.

Acara utama dimulakan dengan taklimat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan) Puan Hajah Wan Maizura Hj Wan Zahari mengenai Bahagian Hartanah dan Pelaburan (BHP). Beliau telah menerangkan BHP secara keseluruhan dan mengingatkan kepada semua pekhidmat supaya mengetahui dan memahami misi,visi,nilai-nilai korporat serta fungsi Wakaf.

Kemudian perhimpunan bulanan ini diteruskan dengan ucapan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pengurusan), Tuan Mohd Haidi Sulaiman. Beliau dalam ucapannya mewakil Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed yang tidak dapat hadir. Dalam ucapannya beliau menekankan aspek komunikasi dalam organisasi. Beliau juga mengharapkan semua pekhidmat MAIPk komited bekerja dalam organisasi MAIPk.

Program ini juga diisi dengan taklimat derma darah yang dikendalikan oleh pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuru Bainun. Terdapat juga kempen menderma darah kepada mana-mana individu yang berminat untuk mendermakan darah.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.