• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Pelancaran DERMAGA Dan Tunas DERMAGA 2017

IPOH, 17 April 2017 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Dermaga dan Tunas Dermaga 2017 di SMK Jelapang Jaya. Pada majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed. Program Dermaga ini telah bermula pada tahun 2016 dengan pelaksanaan program ini tercetus akibat daripada penyebaran isu-isu semasa berkaitan gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Permulaan program ini telah dijalankan di 20 buah Sekolah menengah yang terpilih di Negeri Perak dan melibatkan seramai 3,629 orang pelajar dengan kos pembiayaan sebanyak RM 200,000. Pelajar-pelajar ini akan diterapkan dengan modul Diriku Permata Berharga, Saya Sayang Diri Saya dan La Taqrab az-Zina.

Program ini bertujuan memberi ruang bagi kelompok prihatin melalui pemberdayaan peranan dan maklumat melalui bengkel kesedaran akan peri-pentingnya pendidikan kesihatan reproduktif dalam kalangan remaja. Selain itu, ia juga bagi menyebar luas pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan kesihatan reproduktif sosial dan remaja kepada mereka yang terlibat dalam membangunkan remaja dan ibu bapa dalam komuniti agar dapat memberi kesedaran dalam menangani isu sosial khususnya melibatkan seksualiti dalam kalangan remaja.

Disamping itu, program ini dilaksanakan bagj mewujudkan kumpulan dalam masyarakat yang bertindak sebagai Support Group atau kumpulan sokongan dalam memastikan isu-isu berkait tentang reproduktif dalam komuniti dapat dikenalpasti, dicerakin dan diambil tindakan dengan proaktif.

Bagi tahun 2017, MAIPk mensasarkan seramai 4,800 orang pelajar dengan melibatkan 20 buah sekolah rendah (100 orang pelajar di setiap sekolah ) dan ini merupakan program pertama bagi pelajar sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah (100 orang pelajar di setiap sekolah) dengan kos RM 304,000.00.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.