• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Seminar Keusahawanan Asnaf MAIPk

IPOH,18 -19 April 2017, Dalam usaha memperkasakan dan memantapkan skil-skil kemahiran berniaga di kalangan asnaf-asnaf, MAIPk telah mengadakan satu seminar yang melibatkan golongan asnaf-asnaf yang berpotensi. MAIPk juga telah mendapat kerjasama daripada Koperasi Belia Islam Islam Berhad sebagai pihak yang akan memantau dan memberikan nasihat serta bimbingan kepada asnaf-asnaf yang terlibat. Kursus tersebut telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh dan telah dihadiri seramai 50 orang peserta. Fokus utama ialah bidang perniagaan yang melibatkan 2 kategori iaitu pakej A (penghasilan produk :hasilan soya, mee kuning, sejuk beku. Pakej B (kursus pemasaran, kewangan dan pengurusan perniagaan)

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Besar, Bahagian Agihan Zakat, MAIPk. Wakil daripada Koperasi Belia Islam Berhad turut hadir memberikan ucapan iaitu Haji Azman bin Mohd Salleh, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Belia Islam Berhad pada majlis penutup tersebut. Satu memorandum persefahaman antara MAIPk dan Koperasi Belia Islam Berhad turut ditandatangani pada akhir majlis tersebut.

Semoga kursus yang diadakan dapat memberikan output yang terbaik dalam membentuk kemahiran berniaga di kalangan golongan asnaf-asnaf di Negeri Perak.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.