• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat Perniagaan Dan Tanaman Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 1439H

Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat Perniagaan Dan Tanaman Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 1439H

Kuala Kangsar Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 02 Jun 2018 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan dan tanaman daripada 12 syarikat yang berjumlah RM 14,064,610.82 selepas berkenan untuk menyampaikan watikah lantikan Ahli Majlis Agama Islam dan `Adat Melayu Perak yang baharu iaitu YDH. Toh Seri Lela Paduka Dr. Khalid bin Ismail dan YB. Encik Asmuni bin Awi.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dimulakan dengan Lembaga Tabung Haji Negeri Perakyang diwakili oleh YBhg. Dato Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif telah menyerahkan zakat sebanyak RM3,967,179.16. PLUS Malaysia Berhad yang diwakili oleh YBhg. Datuk Azman Ismail, selaku Pengarah Urusan telah menyerahkan zakat sebanyak RM3,677,019.00. Tuan Haji Rosli bin Haji Ahmad selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM3,000,000.00 dan zakat berjumlah RM1,280,495.20 pula telah diterima daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang diwakili oleh Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato Haji Mohd Gazali bin Jalal. Maybank Islamic Berhad dan juga Bank Islam Berhad turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai penyerahan zakat kali ini dimana mereka yang diwakili oleh Encik Munawwaruzzaman bin Mahmud, Ketua Pengurusan Shariah dan YBhg. Datuk Zamani Abdul Ghani selaku Pengerusi telah menyerahkan zakat sebanyak RM648,181.47 dan RM373,249.96.

Selain itu, Idaman Pharma Manufacturing Sdn. Bhd. yang diwakili YABhg. Tan Sri Dato Seri Lodin Bin Wok Kamaruddin sebagai Pengerusi Pharmaniaga Berhad telah menyerahkan zakat sebanyak RM300,000.00 dan RHB Islamic Bank Berhad diwakili Encik Ahmad Rizal bin Lope Zainal Abidin selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif telah menyerahkan zakat sebanyak RM250,000.00. Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili, YABhg. Tan Sri Dr. Mohamed Munir bin Abdul Majid pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM223,486.03. Etika Family Takaful Berhad yang diwakili oleh Encik Azhar Abdul Rahman (Pengurus Cawangan Ipoh), Aiiman Asset Management Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Akmal Bin Hassan (Pengarah Urusan) serta Affin Islamic Bank Berhad yang diwakili oleh Encik Kamarul Ariffin Mohd Jamil (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan) masing-masing juga telah menyerahkan zakat sebanyak RM132,000.000, RM113,000.00 dan RM100,000.00.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAPK), Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin.































.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.